Sunday, 27 March 2016

Bicara permulaan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Disini saya ingin memperkenalkan diri saya kepada semua bakal buyer saya supaya buyers tidak ragu-ragu untuk 'bershopping online' bersama saya disini :)

Nama saya Amsya . Just call me Sya . 20-years-old .Saya merupakan puteri bongsu daripada 8 orang adik beradik yang shomell & kiut miut ;)
Berasal daripada Setiu, Terengganu . Anak jati Ganung Boh ! :P
Menetap di Subang Jaya, Selangor. Dan bekerja sebagai 'Accountant Assistant & Admin Clerk'

Saya seorang gadis yang amat sukakan perniagaan . Pantang nampak dan ade peluang untuk berbisnes depan mata je terus saya rembat. Hal ini mungkin juga disebabkan oleh darah keturunan keluarga yg suka berbisnes mengalir dan terus sebati dalam diri saya. Untuk pengetahuan buyer semua, bonda saya juga dulu seorang 'businesswoman' yang berjaya . Bonda saya pernah buka butik pakaian area Setiu dengan nama SINAR MIAZ ENTERPRISE . Beliau juga pernah membuka beberapa kedai makan di kawasan perkelahan dan juga di LANGKAWI .Namun kini beliau sudah bersara dari dunia perniagaan memandangkan anak-anak sudah besar. Bonda merupakan inspirasi & juga idola bagi saya untuk terus menjalankan bisnes online ini . Saya berbisnes online bukan sepenuh masa kerana saya sudah mempunyai kerjaya tetap dan bisnes online merupakan kerja sampingan saya untuk menghabiskan waktu yang terluang.

Sometimes, ade juga terlintas di benak saya untuk membuka kedai sendiri. Tapi melihat kepada ekonomi sekarang dan juga masa yang tidak mengizinkan membuatkan hajat saya 'terpostpone' disitu. HEHE. Mungkin One day akan wujud kedai sendiri. In sha Allah. Mudah-mudahan Allah permudahkan hajat yang suci ini . Amin . 

So dari itu saya amat harapkan sokongan daripada reader & buyer semua untuk terus percaya dan bershopping bersama saya disini :)
Nantikan barang-barang yang akan saya persembahkan untuk tatapan mata anda semua di post yg seterusnya ok. 

Akhir kata, SELAMAT BERSHOPPING bersama Amsya Online Shoppe :) 

**p/s : Sila tekan link dibawah untuk follow laman sesawang AMSYA ONLINE SHOPPE

Facebook Here :) 
Instagram Here :) 
Blog Here :)